Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

Satu Baju, Seribu Senyuman

Program “Satu Baju, Seribu Senyuman” Kukuhkan Semangat Prihatin dan Kelestarian

8 Mei 2025 – Jawatankuasa Kelestarian, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) telah berjaya menganjurkan Program Kutipan Pakaian Terpakai bertemakan “Satu Baju, Seribu Senyuman” dengan matlamat membantu komuniti Orang Asli di Gerik, Perak. Inisiatif ini dijalankan melalui kerjasama bersama NGO DOA Service Centre.

Program ini menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada warga PPIP, dengan lebih daripada 300 helai pakaian pelbagai jenis berjaya dikumpulkan dalam tempoh yang singkat. Semua sumbangan telah disusun dan dibungkus dengan rapi sebelum diserahkan kepada pihak NGO untuk diagihkan kepada penerima yang memerlukan.

Selain membantu golongan yang kurang berkemampuan, program ini turut memberi penekanan terhadap nilai keprihatinan, semangat kesukarelawanan dan kepentingan amalan kitar semula dalam kalangan pelajar serta staf. Usaha ini mencerminkan komitmen PPIP dalam menyokong kelestarian sosial dan alam sekitar.