Objektif program Sarjana Pendidikan Kerja Kursus adalah:
Untuk mengembangkan pemahaman yang terperinci dalam bidang pendidikan yang lebih spesifik seperti Pengajian Kurikulum, Pentadbiran dan Pengurusan Pendidikan, Pendidikan Bahasa Inggeris, Pendidikan Sains dan Psikologi Pendidikan.
Untuk memberi latihan dalam penyelidikan pendidikan, baik dalam suasana universiti mahupun dalam lapangan pekerjaan pelajar. Calon akan diberi latihan dan pendedahan dalam pelbagai kaedah penyelidikan agar dapat menggunakan kaedah yang sesuai dalam keadaan tertentu.
Untuk memberi peluang pelajar-pelajar menggunakan pengalaman mereka bagi menganalisis dan membuat renungan terhadap amalan-amalan dan pemikiran yang dipegang sebelum ini dalam menangani masalah dan isu-isu berkaitan pendidikan.
Pelajar lulusan program ini akan dapat:
Mempunyai pengetahuan dan perspektif yang pelbagai dalam bidang pengkhususan dan amalan profesionalisme mereka.
Mempunyai pengetahuan dan berkeupayaan mengaplikasi pelbagai perspektif teori dan model pendidikan.
Berkeupayaan menjadi pendidik yang kritis dan kreatif dan berpandangan luas tetapi rasional tentang pendidikan.
Menganalisis secara perbandingan masalah dan isu pendidikan di peringkat nasional dan global berkaitan bidang pengkhususan yang diikuti.
Melaksanakan kajian yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang diikuti.
LIMA (5) bidang pengkhususan yang ditawarkan. Calon-calon perlu memilih salah satu daripada lima bidang pengkhususan tersebut:
A. Pengajian Kurikulum
B. Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan
C. Pendidikan Bahasa Inggeris (TESOL)
D. Pendidikan Sains
E. Psikologi Pendidikan
LIMA (5) bidang pengkhususan yang ditawarkan. Calon-calon perlu memilih salah satu daripada lima bidang pengkhususan tersebut:
A. Pengajian Kurikulum
B. Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan
C. Pendidikan Bahasa Inggeris (TESOL)
D. Pendidikan Sains
E. Psikologi Pendidikan
Program ini adalah selama 2 tahun (4 semester) mengikut Kalendar Akademik USM. Ia melibatkan komponen kerja kursus dan projek penyelidikan. Kuliah dan tutorial dijalankan sepenuhnya di pusat pembelajaran secara intensif seperti berikut:
Seseorang calon mesti mendaftar sebanyak 6 kursus (24 unit) dalam Komponen Kerja Kursus dan 3 kursus (16 unit) dalam Komponen Penyelidikan.
Bahasa pengantar yang akan digunakan ialah Bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun sekiranya terdapat kursus-kursus sedia ada dalam bidang pengkhususan berkaitan yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, pengajaran akan menggunakan bahasa Inggeris selaras dengan pelaksanaan kursus-kursus ini di kampus induk.
Syarat kemasukan untuk mengikuti program Sarjana Pendidikan Mod Kerja Kursus ini seperti yang ditetapkan oleh USM dan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan iaitu pemohon mesti:
Yuran Pendaftaran | RM 340.00 |
Yuran Konvokesyen | RM 200.00 |
Yuran Pengajian (40 unit) | RM 14,680.00 (1 unit = RM 367.00) |
Keseluruhan | RM 15,220.00 |
Pecahan Bayaran Ikut Semester
Jumlah Bayaran | Tarikh Bayaran |
Sem 1 : RM 2936.00 (8 unit) + RM340 | Oktober 2023 |
Sem 2 : RM 2936.00 (8 unit) | Mac 2024 |
Sem 3 : RM 5872.00 (16 unit) | Oktober 2024 |
Sem 4 : RM 2936.00 (8 unit) | Mac 2025 |
Yuran Pendaftaran | RM 340.00 |
Yuran Konvokesyen | RM 200.00 |
Yuran Pengajian (40 unit) | RM 16,920.00 (1 unit = RM 423.00) |
Keseluruhan | RM 17460.00 |
Pecahan Bayaran Ikut Semester
Jumlah Bayaran | Tarikh Bayaran |
Sem 1 : RM 3384.00 (8 unit) + RM340 | Oktober 2023 |
Sem 2 : RM 3384.00 (8 unit) | Mac 2024 |
Sem 3 : RM 6768.00 (16 unit) | Oktober 2024 |
Sem 4 : RM 3384.00 (8 unit) | Mac 2025 |
Sila KLIK DISINI untuk melihat PANDUAN MENGISI PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN Sarjana Pendidikan Mod Kerja Kursus Secara Luar Pesisir sebelum mengisi borang.
Mohon sekarang melalui Institute Of Postgraduate Studies Universiti Sains Malaysia. Tarikh permohonan dibuka sehingga 15 September 2021.
Pemohon boleh melayari laman sesawang Agensi Kelayakan Malaysis (MQA) bagi menyemak akreditasi program ini.