Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

SIRI 1 BENGKEL MICROCREDENTIAL@PPIP: PEMETAAN STACKABLE DAN STAND ALONE MICROCREDENTIAL

Siri 1 Bengkel Microcredential telah di adakan pada 19 Mac 2025. Bengkel setengah hari ini di adakah bagi meningkatkan kompetensi pensyarah PPIP dalam merekabentuk Microcredential dalam borang pemetaan yang akan menjadi garis panduan dalam membangunkan Microcredential. Bengkel ni telah dikendalikan oleh Dr Munirah Hashim yang merupakan Instructional Designer yang berpengalaman dalam merekabentuk dan pembangunan Microcredential di USM. Bengkel telah dihadiri oleh para pensyarah PPIP di makmal komputer A, dan juga di hadiri oleh Dekan PPIP, Prof Madya Dr. Rahimi Che Aman. Sebanyak 28 Microcredential telah di daftarkan dalam sistem MICMOS beserta lampiran pemetaan lengkap diakhir bengkel. Kesemua pensyarah berpuas hati dengan pemetaan yang di hasilkan dan menunggu untuk siri bengkel yang seterusnya. Sebelum berakhir Bengkel, lawatan mesra dari mantan pensyarah PPIP PM Dr Shuki, PM Dr Hashim dan Dr Abdul Jalil telah diadakan. Ucapan dari kesemua mantan pensyarah dari aspek semakan kurikulum dan kurikulum baru telah memberi semangat kepada semua pensyarah yang hadir.