Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Terima Kunjungan SMK Seri Setia
9 Januari 2025 – Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) menerima lawatan sambil belajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia yang diwakili oleh 36 orang murid dan 4 orang guru pengiring di bawah Persatuan Rukun Negara.
Lawatan ini diketuai oleh Puan Norsaizan binti Isa, bertujuan untuk menambah pengetahuan am murid serta membuka ruang pendedahan kepada dunia pendidikan di pusat pengajian tinggi. Aktiviti lawatan ini memberi peluang kepada murid untuk merasai pengalaman dunia pendidikan secara lebih dekat.
Pihak PPIP diwakili oleh Dr. Nurul Fazzuan Khalid, Dr. Yusnita Md. Yunus, dan wakil Persatuan Ilmu Pendidikan (PIP). Mereka turut berkongsi maklumat penting berkaitan program-program yang ditawarkan serta kepentingan bidang pendidikan untuk masa depan.
Lawatan ini diharap dapat memberi inspirasi kepada murid-murid dalam merancang masa depan mereka, terutama yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi.