8 November 2024 - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan dengan kerjasama Persatuan Ilmu Pendidikan telah berjaya menganjurkan Majlis Penganugerahan Sijil Dekan bagi Semester I dan II Sidang Akademik 2023/2024. Majlis gilang-gemilang ini berlangsung di Dewan Kuliah SK4 dan bertujuan menghargai kejayaan para pelajar yang mencapai kecemerlangan akademik dalam sidang lalu.
Pada sesi ini, seramai 455 daripada 729 penerima yang memperoleh keputusan PNG 3.50 dan ke atas hadir bagi menerima penghargaan mereka. Kehadiran ramai pelajar ini menunjukkan dedikasi mereka terhadap kecemerlangan akademik dan menjadi inspirasi bagi rakan-rakan yang lain.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima Sijil Dekan kali ini. Semoga pencapaian ini terus membakar semangat pelajar untuk berusaha mencapai kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan.