Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

EVERGREEN-STEM: Program Pemerkasaan STEM dan Teknologi Hijau

13-14 Jun 2024 - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (PPIP, USM) telah mengadakan Program Pemerkasaan STEM dan Teknologi Hijau yang dikenali sebagai EVERGREEN-STEM. Program ini berlangsung di Lab School, Universitas Pendidikan Indonesia Kampus Cibiru, dan melibatkan 40 orang pelajar tahun 11 Sekolah Menengah Atas.

Objektif utama program ini adalah untuk memerkasakan pengetahuan dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) serta teknologi hijau di kalangan pelajar. Selain itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan amalan kelestarian melalui penerapan prinsip-prinsip STEM dan teknologi hijau.

Program ini dikendalikan oleh dua orang akademia dari PPIP, USM. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang dua hari tersebut meliputi pelbagai sesi interaktif dan bengkel yang memberi penekanan kepada penerapan konsep STEM dalam konteks teknologi hijau. Diharapkan melalui program ini, murid-murid akan memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang penting untuk menghadapi cabaran alam sekitar masa depan serta menyokong usaha-usaha kelestarian global.