Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

MAJLIS HARI GURU PERINGKAT PPIP 2024

28 Mei 2024 – Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat PPIP 2024 telah berlangsung dengan tema “Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara MADANI”.

Sambutan yang diadakan di Dewan Pembangunan Siswa 1, Kompleks Cahaya dijalankan secara sederhana namun meriah dengan kehadiran pensyarah dan pelajar PPIP. Dekan PPIP, Prof. Madya Dr. Rahimi Che Aman, dalam ucapannya berkata tugas sebagai pendidik ibarat  guru dan para pendidik ini ibarat “hujung mata tombak”. Dialah yang paling tajam – mampu menusukkan ilmu, adab dan kesedaran ke dalam akal dan jiwa setiap anak-anak kita.

Satu slot khas Bicara Inspirasi Tokoh Pendidik diadakan bersama YB Profesor Dr. Hazri Jamil juga diadakan. Menurut beliau, pendidikan di Malaysia melalui agenda pendidikan harus dilihat dan disikapi secara menyeluruh, aspek keinsanan atau dimensi manusiawi wajar menjadi keutamaan dalam pendidikan komprehensif dan meliputi keseluruhan horizonnya yang luas. 

Pada majlis ini juga, turut diadakan sesi penyampaian anugerah kepada staf dan pelajar cemerlang. Berikut merupakan pemenang mengikut kategori anugerah:

  1. Anugerah Penyelidikan - PM. Dr. Thien Lei Mee
  2. Anugerah Penerbitan - PM. Dr. Jamalsafri Bin Saibon
  3. Anugerah Penyeliaan - Dr. Al-Amin Mydin
  4. Anugerah Tokoh Pendidik - Prof. Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Bin Abdullah
  5. Anugerah Pendidik Harapan – Ts. Dr. Rozniza Bt Zaharudin
  6. Anugerah Pendidik dengan Penglibatan Komuniti – Dr. Nur Jahan Bt Ahmad
  7. Anugerah Staf Berwibawa – Pn. Nurhaniza Binti Mohd Noor & Pn. Leny Azliffa Abdul Aziz
  8. Anugerah Tokoh Pelajar – Saudari All’ Na Mardiah Binti Din

Diharapkan agar program ini mencapai aspirasi dan semangat di sebalik sambutan Hari Guru selain mengeratkan ukhuwah sesama keluarga besar PPIP.