Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

MARASTEM-GREENTECH: PROGRAM PEMERKASAAN ILMU STEM DAN TEKNOLOGI HIJAU BERSAMA WARGA MRSM SUNGAI BESAR, SELANGOR

20.4.2024
MRSM Ulul Albab Sg. Besar, Selangor
Program MARASTEM-GREENTECH

Telah berlangsungnya program MARA-STEMGREENTECH di MRSM Sungai Besar, Selangor yang mana program ini bertujuan untuk; i) memperkasakan ilmu STEM dan Teknologi Hijau dan ii) meningkatkan kemahiran abad ke-21 terhadap 40 orang murid Tingkatan 4 dari aliran STEM dan 10 orang guru dari pelbagai bidang sains dan bukan sains.

Ilmu-ilmu STEM dan Teknologi Hijau telah disampaikan oleh empat orang akademia USM iaitu; Dr. Nor Asniza Ishak dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan yang juga merupakan penyelaras bagi program ini, Dr. Muaz Mohd Zaini Makhtar dari Pusat Pengajian Teknologi Industri, Dr. Mohamad Danial Shafiq dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral dan Dr. Ana Masara Ahmad Mokhtar dari Pusat Pengajian Teknologi Industri. Pelbagai topik dan aktiviti telah dijalankan berkaitan dengan Pemahaman STEM dan Kareer STEM, Teknologi Microbial Fuel Cell, Teknologi Rubber Band dan Teknologi Pengklonan.

Berdasarkan sesi refleksi murid dan guru, program ini telah berlangsung dengan jayanya dan pengetahuan, sikap dan kemahiran STEM dan Teknologi Hijau para murid dan guru telah ditingkatkan dan murid bersedia menjadi pelapis saintis masa hadapan negara. Sikap positif murid terhadap STEM adalah sangat dikagumi. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.