Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

PPIP TURUT SERTA DALAM PROGRAM PENANAMAN 1 JUTA POKOK

22 April 2024 - Bersempena dengan Sambutan Hari Bumi 2024, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia hari ini menyokong inisiatif yang dianjurkan oleh Yayasan Amal TYT dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan mengambil bahagian dalam Program Penanaman 1 Juta Pokok di seluruh negeri Pulau Pinang.

Antara jenis pokok yang ditanam adalah pokok Bunga Kertas, Janda Kaya dan Mahkota Dewa. Seramai 18 staf PPIP termasuk Dekan serta Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa telah hadir bagi menyokong program kelestarian ini, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 13, Tindakan Iklim dan SDG 15, Kehidupan di Darat.

Diharapkan program kelestarian seperti ini dapat terus dilaksanakan pada masa hadapan agar dapat meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai kepentingan melindungi alam sekitar seiiring dengan visi USM iaitu “Mentransformasikan Pendidikan Tinggi untuk Kelestarian Hari Esok”.