Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

LAWATAN AKADEMIK DARIPADA UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH MALAYSIA

1 Mac 2024 - Satu lawatan akademik daripada Universitas Muhammadiyah Malaysia (UMAM), iaitu cawangan Universiti Muhammadiyah Indonesia telah diadakan di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia. Tujuan lawatan ini untuk mengharmonikan idea berkaitan bentuk kolaborasi yang lestari antara UMAM dan PPIP. Lawatan ini merupakan jalinan hubungan silaturahim dan bilateral antara negara-negara Asia Tenggara serta usahasama dalam bidang pengajaran dan penyelidikan ilmiah antara pakar pendidikan daripada kedua-dua universiti.

Peserta daripada UMAM terdiri daripada Prof. Dr. Noor Azlan Ahmad Zanzali (Dekan), AP. Dr. Sohirin Muhammad Solihin, ⁠Dr. Mutiara Dwi Sari, Dr. Nizam Ahsani, Dr. Mohd. Zaini Abu Bakar, ⁠Dr. Dwi Santoso, Dr. Wachid Ridwan serta Dr. Zubaidi Wahyono.

Kerjasama ilmiah yang dibincangkan dalam perjumpaan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada program pendidikan dan penyelidikan kedua-dua pihak khususnya diperingkat pasca siswazah. Antaranya ialah program bersama dalam bidang pendidikan dan kursus akademik; mobiliti staf akademik untuk tujuan pengajaran, penyelidikan, penerbitan jurnal serta seminar antarabangsa. Bersempena dengan lawatan akademik ini, Dekan PPIP, Prof. Madya Dr. Rahimi Che Aman mencadangkan Letter of Intent (LOI) dapat ditanda tangani dalam masa terdekat.