Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL DEKAN SIDANG AKADEMIK 2022/2023

1 Februari 2024 - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan dengan kerjasama Persatuan Ilmu Pendidikan telah menganjurkan Majlis Penganugerahan Sijil Dekan bagi Semester I dan II Sidang Akademik 2022/2023 yang bertempat di Dewan Kuliah SK3. Majlis ini dilaksanakan bagi memberikan penghargaan kepada para pelajar yang telah menerima anugerah dekan bagi sidang sebelumnya. Seramai 334 pelajar daripada 744 penerima keseluruhan yang memperolehi keputusan PNG 3.50 dan ke atas telah hadir ke majlis gilang-gemilang ini. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima Sijil Dekan pada sesi kali ini. Semoga ia menyuntik semangat para pelajar untuk terus meningkatkan usaha bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan pada masa hadapan.