Lawatan Kerja Delegasi Fakultas Ilmu Pendidikan, Universitas Negeri Surabaya ke PPIP, USM
4 Disember 2023 – Dalam usaha bersama untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi, delegasi daripada Fakultas Ilmu Pendidikan, Universitas Negeri Surabaya (FIP) telah membuat lawatan kerja ke Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia bagi perjumpaan perbandingan komprehensif bertumpu kepada Jaminan Kualiti. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi amalan dan pengalaman Jaminan Kualiti antara kedua-dua institusi, serta memupuk dialog mengenai strategi untuk meningkatkan ranking PTJ dan universiti masing-masing.
Diketuai Encik Supriyanto, Ketua Jaminan Kualiti FIP, delegasi telah disambut oleh Dekan PPIP bersama pegawai-pegawai kanan lain. Perjumpaan tersebut menjadi platform bagi kedua-dua institusi untuk berkongsi pandangan mengenai pendekatan masing-masing dalam memastikan dan mengekalkan piawai tinggi dalam pendidikan.
Perbincangan bertumpu pada pelaksanaan langkah-langkah jaminan kualiti, proses akreditasi, dan peranan PTJ dalam meningkatkan profil akademik universiti. Semoga perkongsian ini secara kolektif dapat menaikkan standard kecemerlangan akademik kedua-dua institusi.