Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

PPIP terima Lawatan daripada Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi UNIMAS

29 November 2023 – Delegasi staf pentadbiran daripada Fakulti Pendidikan, Bahasa dan Komunikasi (FPBK) UNIMAS yang diketuai oleh Profesor Dr. Ambigapathy Pandian, Dekan FPBK telah mengadakan lawatan ke Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), USM. Dalam lawatan tersebut, mereka diberi taklimat dan penerangan tentang PPIP serta sistem tadbir urus yang digunapakai. Perjumpaan 4 jam ini juga melibatkan sesi perkongsian antara staf pentadbiran untuk mempelajari serta melihat kaedah pentadbiran PTJ masing-masing bagi menambahbaik proses kerja pentadbiran dalam hal ehwal pengurusan akademik, kewangan dan isu-isu berkaitan.