Majlis Meraikan Graduan dan Pelajar Pascasiswazah PPIP
21 November 2023 – Seramai 33 graduan dan pelajar pascasiswazah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) menerima pelbagai anugerah di dalam majlis Postgraduate Kencana Night School of Educational Studies 2023 di Dewan Bankuet, Universiti Sains Malaysia. Majlis anjuran PPIP dengan kerjasama Persatuan Siswazah Lanjutan (PERSILA) ini telah diadakan bersempena Majlis Konvokesyen USM ke-61 yang berlangsung pada 21-27 November 2023.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dekan PPIP, Prof. Madya Dr. Rahimi Che Aman. Menurutnya, “Pencapaian ini membuktikan kerja keras, komitmen dan sumbangan sepanjang perjalanan akademik anda. Anda telah berjaya mengharungi tugas dan halangan yang mencabar. Oleh itu, majlis ini adalah acara yang perlu diraikan dengan penuh kebanggaan. Tahniah dan Syabas diucapkan!”
“Setiap kejayaan memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak. Oleh itu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah, penyelia, dan keluarga yang memberikan sokongan moral, emosi, dan intelek kepada pelajar sepanjang perjalanan ini.”
Prof. Madya Dr. Rahimi Che Aman juga menyeru graduan dan pelajar menggunakan ilmu pengetahuan yang telah diperolehi dengan sebaik mungkin agar menjadi individu yang berkebolehan dan proaktif.
Untuk rekod, berikut merupakan senarai penerima anugerah pada majlis tersebut:
- Anugerah Tesis Doktor Falsafah Terbaik: Khong Hou Keat
- Anugerah Kecemerlangan Pelajar “Graduate On Time”: Anniliza binti Mohd Isa, Anpalakan A/L Vadiappan, Zhou Jianming & Chen Feifei
- Anugerah Pelajar Terbaik – Doktor Pendidikan: Wang Yanan
- Anugerah Pelajar Terbaik – Sarjana Kaunseling: Iffah Mardhiah binti Ahmad Sukri
- Anugerah Pelajar Terbaik – Sarjana Pendidikan Mod Kerja Kursus (Luar Pesisir): Nassry Asmady bin Abu Bakar
- Anugerah Pelajar Terbaik – Sarjana Sastera Mod Campuran: Hasbullah bin Hashim
- Anugerah Penerbitan Berlian: Chen Feifei, Ding Ziyi, Faruhana Abdulla, Irma binti Ahmad, Khong Hou Keat, Mirvat A H Almassri, Mohamad Tahar bin Mohamad Amirnudin, Nur Sabrina Mohamed Ali Khan, Siti Nor Fazila binti Ramly, Tanassanee Jitpanich, Gado Birnin Tudu Usman & Alshammari Majid Khalaf A
- Anugerah Penerbitan Nilam: Abdul Latheef Ali, Ann Lee Sien Sut, Anniliza binti Mohd Isa, Liu Yufei, Mohd Mernan bin Talling, Nazahiyah binti Mustafa, Ng Chiew Leng, Noraniza binti Mohd Nor, Ooi Hui Xian, Zakia Shahid & Zhou Jianming
- Anugerah Tokoh Kepimpinan Pascasiswazah PPIP: Mohd Shahril Izwan bin Mustafa
PPIP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada setiap penerima dan diharapkan semoga dengan penerimaan anugerah ini dapat menyuntik motivasi dan semangat semua pelajar untuk terus cemerlang dalam akademik.