Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

Majlis Hari Guru Peringkat PPIP 2023

31 Oktober 2023 – Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat PPIP 2023 telah berlangsung dengan tema “Guru Insani, Pemangkin Generasi Madani”.

Sambutan yang diadakan di Dewan Pembangunan Siswa, Kompleks Cahaya dijalankan secara sederhana namun meriah dengan kehadiran pensyarah dan pelajar PPIP. Dekan PPIP, Prof. Madya Dr. Rahimi Che Aman, dalam ucapannya berkata tugas sebagai pendidik ibarat berada di sebuah ladang. Guru menanam benih-benih keinsanan, menyiram kasih sayang, membajainya dengan luhur budi agar terus subur dan membesar dengan sempurna.

Satu slot khas Bicara Inspirasi Tokoh Pendidik diadakan bersama YB Senator Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Awang Sariyan juga diadakan. Menurut beliau, pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Pada majlis ini juga, turut diadakan sesi penyampaian anugerah kepada staf dan pelajar cemerlang. Berikut merupakan pemenang mengikut kategori anugerah:

1. Anugerah Penyelidikan - PM. Dr. Low Hui Min
2. Anugerah Penerbitan - PM. Dr. Thien Lei Mee
3. Anugerah Penyeliaan - Dr. Al-Amin Mydin
4. Anugerah Tokoh Pendidik - Prof. Dr. Hazri Jamil
5. Anugerah Pendidik Harapan - Dr. Muhammad Zuhair Zainal
6. Anugerah Pendidik dengan Penglibatan Komuniti - Dr. Nor Asniza Ishak
7. Anugerah Staf Berwibawa - En. Mohd Jaya Mohd Johan
8. Anugerah Tokoh Pelajar - Saudara Abdullah Nudin

Diharapkan agar program ini mencapai aspirasi dan semangat di sebalik sambutan Hari Guru selain mengeratkan ukhuwah sesama keluarga besar PPIP.