Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

Program EverGREEN STEM KPMK-USM

Program ini telah dijalankan pada 12 Ogos 2022 di Kolej Matrikulasi Perak yang berlangsung dari pukul 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Tetamu undangan bagi perasmian program ini terdiri daripada Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM, Pengarah dan Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Perak, wakil akademia daripada USM, wakil-wakil daripada Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, wakil daripada National STEM Association serta Penghulu Mukim. Program ini disertai oleh seramai 40 pensyarah yang terdiri daripada wakil-wakil Jurulatih Utama STEM Matrikulasi, wakil-wakil pensyarah daripada unit-unit akademik kolej serta pensyarah daripada kolej-kolej Matrikulasi lain. Program ini terbahagi kepada tiga sesi iaitu sesi pertama merupakan perasmian Program EverGREEN-STEM dan Pendidikan STEM oleh Pengarah Kolej Matrikulasi Perak, En. Azman bin Mokthar. Sesi kedua merupakan bengkel konsep STEM dan Pendidikan STEM dan sesi ketiga adalah konsep teknologi hijau dan aplikasi dalam kehidupan seharian yang dikendalikan oleh penceramah jemputan daripada Universiti Sains Malaysia yang terdiri daripada pensyarah kanan Dr. Nor Asniza Ishak, Dr. Ana Masara Ahmad Mokthar, Dr. Amira Suriaty Yaakop, Dr. Nur Azzalia Kamaruzaman, Dr. Muaz Mohd Zaini Makhtar dan Dr. Mohamad Danial Shafiq. Akhir sekali, majlis penutup diadakan sebelum bersurai.
Program EverGREEN-STEM merupakan projek yang dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh enam bulan dari Ogos 2022 sehingga Disember 2022. Program ini menggabungkan pengetahuan STEM dan teknologi hijau dengan keupayaan untuk mencipta produk inovasi berasaskan teknologi hijau sebagai contoh, tenaga elektrik, penjagaan alam sekitar. Produk inovasi yang dicipta mungkin digunakan oleh masyarakat, jadi menggalakkan pertumbuhan jangka panjang. Tambahan pula, inisiatif ini menyediakan maklumat lanjut tentang kesan STEM dan teknologi hijau kepada golongan belia dan pendidik.

Objektif program ini adalah untuk memberi ilmu STEM dan Teknologi Hijau kepada pensyarah dan pelajar Kolej Matrikulasi Perak melalui program pembangunan kapasiti untuk meningkatkan sikap dan amalan pensyarah dan pelajar Kolej Matrikulasi Perak terhadap kelestarian alam sekitar. Akademia USM dan NSA menyampaikan ilmu STEM dan Teknologi Hijau kepada warga Kolej Matrikulasi Perak untuk meningkatkan sikap dan amalan warga KMPk terhadap kelestarian alam sekitar.
Program ini telah berjalan dengan lancar dan semua peserta telah memperoleh manfaat yang secukupnya daripada penyampaian akademia USM yang telah mendemonstrasikan teknologi hijau dalam kajian dan produk dari bidang biologi sehingga ke bidang kejuruteraan. Sebagai contoh, sesi bengkel perkongsian oleh Dr. Muaz, dengan mengambungkan ilmu biologi dan kejuruteraan proses penceraian sisa buangan manusia dan haiwan digunakan untuk menjana tenaga elektrik. Selain itu, Dr Asniza juga menerangkan konsep pendidikan STEM dan aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Penyampaian semua penceramah telah membimbing peserta dengan baik sekali tentang STEM dan teknologi hijau. Ini dapat mengembangkan potensi matrikulasi dalam aspek inovasi yang melibatkan STEM dan Teknologi Hijau.