Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

Program Lawatan Sambil Belajar SMK Bachok, Kelantan ke PPIP, USM

18 Oktober 2023 – Seramai 65 pelajar tingkatan enam dan 8 orang guru pengiring daripada SMK Bachok, Kelantan membuat lawatan sambil belajar ke Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM.

Lawatan ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar dengan persekitaran kampus. Pelajar juga diberi taklimat tentang program akademik di PPIP serta syarat-syarat kemasukan.

Semoga dengan lawatan ini dapat memberi gambaran kepada para pelajar mengenai halatuju pendidikan mereka setelah tamat persekolahan.