Latihan Kawad Kebakaran PPIP
14 September 2023 - Operasi Latihan Kawad Kebakaran telah dijalankan di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) dan Pusat Pengajian Pengurusan (PPP) secara serentak pada jam 9.30 pagi. Latihan ini diadakan bagi mempersiapkan diri warga PPIP & PPP dengan pengetahuan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.
Menurut laporan, kesemua penghuni berjaya berada di luar kedua-dua premis PPIP dan PPP dalam masa 5.18 minit, iaitu masih di dalam tempoh yg ditetapkan iaitu 7 minit.
Latihan ini turut melibatkan pihak Bomba Jalan Perak manakala di pihak USM pula telah melibatkan Jabatan Keselamatan, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) dan Unit Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan (UKKP).
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Pengungsian Bangunan, Ketua-ketua Aras, pensyarah, staf, pelajar dan pekerja pencucian yang berada di premis, yang telah memberi kerjasama dalam latihan kawad kebakaran yang telah dijalankan.
Latihan kawad kebakaran di bangunan E47 dijangka akan diadakan pada tahun hadapan.