Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

Program Lawatan ke PPIP Suntik Motivasi Murid SMK Temenggong, Kati, Kuala Kangsar

22 September 2023 – Seramai 74 murid tingkatan dua hingga lima SMK Temenggong, Kati, Kuala Kangsar, Perak menyertai lawatan ke Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

Lawatan yang diiringi lapan orang guru tersebut antara lain bertujuan memberi pendedahan awal mengenai bidang kerjaya dan peluang melanjutkan pengajian di PPIP selepas tamat persekolahan kelak. Diharapkan agar lawatan ini mampu menyuntik motivasi kepada semua murid terlibat untuk meneruskan pelajaran dengan bersungguh-sungguh di sekolah.