Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK CHANGKAT LADA KE PPIP USM

15 September 2023 – Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) telah menerima kunjungan daripada SMK Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak. Lawatan sambil belajar ini melibatkan 6 guru dan 37 pelajar. Mereka telah disambut oleh Dr. Nor Asniza Ishak dan Dr. Nurul Fazzuan Khalid selaku Penasihat Persatuan Ilmu Pendidikan (PIP) dan diberi taklimat berkaitan PPIP serta dibawa melawat persekitaran PPIP bagi memberi pengalaman sebenar kepada para pelajar untuk melihat suasana kehidupan di universiti. Pada masa sama, kumpulan pelajar ini turut diberi satu sesi motivasi khas yang telah disampaikan oleh Saudara Mohd Imran Yusof yang merupakan Pengerusi Persatuan Siswazah Lanjutan (PERSILA) PPIP. Menurut guru pengiring rombongan ini, pelajar berasa sangat gembira dan bertuah dengan sambutan yang diberikan oleh PPIP dan guru turut merasakan para pelajar mereka telah mendapat pendedahan yang cukup bermakna seiring dengan tujuan program lawatan yang mereka adakan ini.