Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

LAWATAN AKADEMIK DARIPADA UNIVERSITAS LAMPUNG, INDONESIA

12 September 2023 - Satu lawatan akademik daripada Universitas Lampung, Indonesia telah diadakan di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia. Lawatan ini merupakan jalinan hubungan silaturahim dan bilateral antara negara-negara Asia Tenggara serta usahasama dalam bidang pengajaran dan penyelidikan ilmiah antara pakar pendidikan daripada kedua-dua universiti.

Kerjasama ilmiah yang dibincangkan dalam perjumpaan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada program pendidikan dan penyelidikan kedua-dua pihak. Antaranya ialah program bersama dalam bidang pendidikan dan kursus akademik; mobiliti staf akademik untuk tujuan pengajaran, penyelidikan dan latihan; serta staf bukan akademik untuk tujuan peningkatan profesionalisme; dan program mobiliti pelajar untuk latihan mengajar dan penyelidikan. Bersempena dengan lawatan akademik ini, satu Letter of Intent (LOI) telah ditandatangani oleh Dekan PPIP, Prof. Madya Dr. Rahimi Che Aman dan Dekan, Fakulti Latihan Perguruan dan Pendidikan, Prof. Dr. Sunyono. Semoga perjumpaan ini dapat memberi peluang berkolaborasi dalam membuka lembaran baru kerjasama ilmiah antara USM dan Universitas Lampung.