Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

Gotong-royong Perdana Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM

31 Mei 2023 – Satu program Gotong-royong Perdana USM telah dilaksanakan di sekitar bangunan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia. Program ini mendapat sambutan yang baik dari kesemua staf pentadbiran dan pensyarah serta pihak pengurusan yang turut sama turun padang dalam menjayakan program Gotong-royong Perdana USM ini. Program bertemakan “Cari dan Musnah” tempat pembiakan  nyamuk aedes ini adalah mengambil inisatif mencegah penyakit denggi merebak di PPIP.     

Program yang berlangsung selama dua jam bermula jam 3.00 - 5.00 petang ini telah berjaya dilaksanakan secara bersepadu dan menyeluruh. Sampah sarap yang tidak sepatutnya berada di dalam dan luar bangunan PPIP telah berjaya dicuci dan dibuang selaras dengan perancangan awal yang telah ditetapkan. Program ini juga telah mendapat sokongan pihak agensi kebersihan dengan memperkasakan tahap kebersihan hasil program yang dijalankan pada hari ini.  Kesedaran dan semangat kerjasama yang diberikan oleh semua pihak telah menjadikan program ini sebagai kayu ukur kejayaan semangat kerjasama pasukan yang jitu dalam membenteras denggi.         

Bekas-bekas dan sampah sarap yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam dan luar bangunan PPIP telah berjaya dikumpul untuk dilupuskan. Segala peralatan disusun semula agar lebih kemas dan teratur.     

Program gotong-royong PPIP ini dilihat telah berjaya dianjurkan. Ia secara tidak langsung telah meningkatkan semangat kerjasama dalam pasukan dalam menyambut usaha pihak USM dalam menganjurkan program Gotong-royong Perdana USM pada tarikh dan masa yang selaras di semua PTJ. 

Disediakan oleh

Unit Fasiliti & Pengurusan PPIP, USM