2 Februari 2023 - Satu perbincangan berkenaan Program MARA-STEMGREENTECH telah diadakan di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia yang melibatkan wakil daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, MRSM Kepala Batas dan MRSM Transkrian.
Perbincangan ini adalah berkenaan projek Pemerkasaan Ilmu STEM dan Teknologi Hijau Terhadap Pendidik Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Pulau Pinang : “MARA-STEMGREENTECH” yang akan berjalan dari 1 Februari 2022 sehingga 30 Julai 2023. Objektif projek ini adalah untuk memberi pendedahan ilmu pedagogi STEM dan teknologi hijau yang betul dan terkini disamping memberi pendedahan berkaitan halatuju kerjaya STEM kepada para guru dan pelajar MRSM. Hal ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan warga MRSM berkaitan STEM dan Teknologi Hijau. Aktiviti-aktiviti dan perjalanan projek yang dirancang bagi tahun 2023 turut dibentangkan dalam perbicangan tersebut.