Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

LAWATAN KERJA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA DAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA KE GLOBAL CITIZENSHIPSHIP EDUCATION COOPERATION CENTRE (GCC@USM)

2 Februari 2023 - Wakil daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) yang diketuai oleh Datin Dr. Bushro binti Ali, Pengarah IPGKBA telah mengadakan lawatan kerja ke Global Citizenship Education Cooperation Centre, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (GCC@USM). Tujuan lawatan ini adalah untuk mempelajari serta melihat kaedah tadbir urus pusat, pengurusan infrastruktur serta program-program yang telah dilaksanakan oleh GCC@USM. Pihak IPGM bercadang untuk menubuhkan Global Citizenship Cooperation Center (GCC) di salah sebuah kampus Insitut Pendidikan Guru (IPG) di Kuala Lumpur. Dalam lawatan tersebut mereka diberi taklimat dan penerangan tentang penubuhan serta perjalanan GCC@USM, pengurusan, pembiayaan, aktiviti dan isu-isu yang berkaitan.