Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

Majlis Perbincangan Profesional antara Staf Akademik Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan dengan Pemegang Taruh Dan Alumni Tahun 2024

Pada 24 April 2024, PPIP USM telah berjaya menganjurkan Majlis Perbincangan Profesional antara
Staf Akademik Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan dengan Pemegang Taruh Dan Alumni Tahun 2024.

Majlis ini telah hadiri oleh 35 orang pemegang taruh dan alumni. Para peserta terdiri daripada ketua penolong pengarah dan penolong pengarah dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, pegawai dan timbalan pegawai pendidikan daerah, pengarah kolej vokasional, pengetua-pengetua sekolah, pensyarah-pensyarah Institut Perguruan Malaysia, matrikulasi, politeknik, pegawai psikologi dan kaunseling dari AADK, LPPKN, PDRM dan sekolah.

Objektif penganjuran majlis ini adalah untuk mendapat input dan maklum daripada pemegang taruh dan alumni tentang perkembangan dan keperluan terkini berkaitan dengan program akademik ijazah tinggi; untuk mendapat maklum balas daripada pemegang taruh dan alumni tentang kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan program akademik ijazah tinggi PPIP USM bagi tujuan semakan kurikulum program; dan untuk mengukuhkan hubungan antara warga PPIP USM dengan pemegang taruh dan alumni.

Majlis ini berjaya dijalankan dengan lancar. Melalui perkongsiaan idea dan pengalaman daripada para peserta, PPIP USM akan dapat membuat penambahbaikan terhadap terhadap program akademik ijazah tinggi PPIP USM supaya program akademik ijazah tinggi yang ditawarkan di PPIP USM sentiasa relevan dan dapat memenuhi keperluan pasaran dan industri.