Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

LAWATAN SAMBIL BELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM KE PPIP USM

21 Februari 2024 – Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) telah menerima kunjungan daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim (IPBKSAH), Sungai Petani, Kedah. Lawatan sambil belajar ini melibatkan 5 pensyarah pembimbing dan 58 pelajar tahun 2 Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik. Mereka telah disambut oleh Prof. Madya Dr. Rahimi Che Aman, Dekan serta Dr. Chin Huan selaku Pensyarah Pendidikan Matematik. Mereka diberi taklimat berkaitan program-program pascasiswazah yang ditawarkan di PPIP serta aktiviti-aktiviti penyelidikan yang dijalankan di PPIP bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan dengan kehidupan pelajar pascasiswazah di PPIP. Pada masa yang sama, kumpulan pelajar juga menghadiri bengkel penyelidikan asas pendidikan matematik yang disampaikan oleh Dr. Chin Huan. Menurut guru pembimbing rombongan ini, para pelajar berasa sangat gembira dan bertuah dengan sambutan yang diberikan oleh PPIP. Ilmu yang disampaikan dalam bengkel dapat menyokong mereka dalam melaksanakan kajian yang bakal dijalankan oleh pelajar semasa latihan mengajar. Di samping itu, pendedahan yang diberi berkenaan kehidupan pelajar pascasiswazah dapat memberi galakan kepada para pelajar untuk menyambung pengajian kepada peringkat sarjana mahupun kedoktoran pada masa yang akan datang.