Master of Education - M.Ed. (Offshore)
Objektif Program
- Mengembangkan pemahaman yang terperinci dalam bidang pendidikan yang lebih spesifik seperti Pengajian Kurikulum, Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan, Pendidikan Bahasa Inggeris, Pendidikan Sains serta Teknologi Pendidikan dan Multimedia.
- Memberi latihan dalam penyelidikan pendidikan, baik dalam suasana universiti mahupun dalam lapangan pekerjaan pelajar. Calon akan diberi latihan dan pendedahan dalam pelbagai kaedah penyelidikan agar dapat menggunakan kaedah yang sesuai dalam keadaan tertentu.
- Memberi peluang kepada pelajar menggunakan pengalaman mereka bagi menganalisis dan membuat penyelidikan terhadap pelbagai perspektif, amalan dan aliran pemikiran dalam menangani masalah dan isu-isu pendidikan di peringkat nasional dan global.
Maktab Rendah Sains MARA Kuching
- Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum)
- Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan)
Penawaran Kursus
Calon wajib mendaftar sebanyak 40 unit yang terbahagi kepada dua komponen:
- Kerja kursus (24 unit)
- Penyelidikan (16 unit)
KOMPONEN KERJA KURSUS | KURSUS/UNIT | KOMPONEN PENYELIDIKAN | KURSUS/UNIT |
Kursus Pengkhususan (Kursus Teras) Kursus Pengembangan Ilmu (Kursus Elektif) |
2 kursus (8 unit) 4 kursus (16 unit) |
Komponen Kemahiran Penyelidikan (Kursus Teras) Projek Penyelidikan |
2 kursus (8 unit) (8 unit) |
JUMLAH |
6 kursus (24 unit) |
JUMLAH |
3 kursus (16 unit) |
Tiga jenis kursus yang ditawarkan:
Kursus Pengkhususan (9-16 unit)
Calon perlu memilih 2 kursus pengkhususan mengikut bidang pengkhususan.
Pengajian Kurikulum
- Pengekalan Inovasi Kurikulum
- Pemikiran dan Pemahaman Guru Terhadap Kurikulum dan Pedagogi
Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan
- Dinamik Organisasi Pendidikan
- Pengurusan Tenaga Manusia dalam Organisasi Pendidikan
Kursus Pengembangan Ilmu (16 unit)
Calon perlu mengambil 4 kursus pengembangan ilmu. Kursus ini bertujuan untuk memperluaskan pengetahuan pendidikan calon melangkaui bidang pengkhususan mereka.
- Pendidikan dan Pembangunan
- Pengajian Keberkesanan Sekolah
- Pengajian Kurikulum
- Pengajian Pendidikan Guru
Kursus Kaedah Penyelidikan dan Statistik (8 unit)
Calon perlu mengambil dua kursus wajib bagi membolehkan calon menguasai penyelidikan pendidikan serta kemahiran analisis statistik.
- Statistik dalam Pendidikan
- Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan
Komponen Penyelidikan (8 unit)
Setiap calon perlu menjalankan projek penyelidikan kecil dalam bidang pengkhususan.
- POLITEKNIK SEBERANG PERAI PULAU PINANG
LIMA (6) bidang pengkhususan yang ditawarkan. Calon-calon perlu memilih salah satu daripada lima bidang pengkhususan tersebut:
A. Pengajian Kurikulum
B. Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan
C. Pendidikan Bahasa Inggeris (TESOL)
D. Pendidikan Sains
E. Psikologi Pendidikan
F. Teknologi Pendidikan
- IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN BESUT, TERENGGANU
LIMA (5) bidang pengkhususan yang ditawarkan. Calon-calon perlu memilih salah satu daripada lima bidang pengkhususan tersebut:
A. Pengajian Kurikulum
B. Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan
C. Pendidikan Bahasa Inggeris (TESOL)
D. Pendidikan Sains
E. Psikologi Pendidikan
- Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum)
- Sarjana Pendidikan (Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan)
- Sarjana Pendidikan (Pendidikan Bahasa Inggeris/TESOL)
- Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sains)
- Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan)
- Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)
Program ini adalah selama 2 tahun (4 semester) mengikut Kalendar Akademik USM. Ia melibatkan komponen kerja kursus dan projek penyelidikan. Kuliah dan tutorial dijalankan sepenuhnya di pusat pembelajaran secara intensif seperti berikut:
- Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang – setiap hari Sabtu
- IPGM Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu – hari Jumaat dan Sabtu berselang minggu
Seseorang calon mesti mendaftar sebanyak 6 kursus (24 unit) dalam Komponen Kerja Kursus dan 3 kursus (16 unit) dalam Komponen Penyelidikan.
Bahasa pengantar yang akan digunakan ialah Bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun sekiranya terdapat kursus-kursus sedia ada dalam bidang pengkhususan berkaitan yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, pengajaran akan menggunakan bahasa Inggeris selaras dengan pelaksanaan kursus-kursus ini di kampus induk.
Syarat kemasukan untuk mengikuti program Sarjana Pendidikan Mod Kerja Kursus ini seperti yang ditetapkan oleh USM dan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan iaitu pemohon mesti:
- Mempunyai ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf sekurang - kurangnya dengan PNGK 2.50 dan mempunyai pengalaman mengajar atau pengalaman yang berkaitan dengan pendidikan sekurang-kurangnya 2 tahun.
- Bagi calon yang mempunyai ijazah Sarjana Muda (dengan Kepujian) yang diiktiraf dan PNGK antara 2.00-2.49, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
- Pengalaman penyelidikan sekurang-kurangnya 5 tahun, atau
- Pengalaman ikhtisas dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 5 tahun, DAN
- SATU (1) penerbitan ilmiah dalam bidang yang dipohon, atau
- Gred B dalam kursus-kursus major/elektif, atau
- Gred B+ untuk projek tahun akhir
- Memenuhi keperluan Bahasa Malaysia yang ditetapkan oleh Senat USM; dan
- Memenuhi keperluan-keperluan lain yang tertakluk kepada syarat-syarat Universiti
- Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang
Yuran Pendaftaran | RM 310.00 |
Yuran Konvokesyen | RM 200.00 |
Yuran Pengajian (40 unit) | RM 14,680.00 (1 unit = RM 367.00) |
Keseluruhan | RM 15,190.00 |
Pecahan Bayaran Ikut Semester
Jumlah Bayaran |
Sem 1 : RM 2936.00 (8 unit) + RM310 + RM200 |
Sem 2 : RM 2936.00 (8 unit) |
Sem 3 : RM 5872.00 (16 unit) |
Sem 4 : RM 2936.00 (8 unit) |
- IPGM Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu
Yuran Pendaftaran | RM 310.00 |
Yuran Konvokesyen | RM 200.00 |
Yuran Pengajian (40 unit) | RM 16,920.00 (1 unit = RM 423.00) |
Keseluruhan | RM 17430.00 |
Pecahan Bayaran Ikut Semester
Jumlah Bayaran |
Sem 1 : RM 3384.00 (8 unit) + RM310 + RM200 |
Sem 2 : RM 3384.00 (8 unit) |
Sem 3 : RM 6768.00 (16 unit) |
Sem 4 : RM 3384.00 (8 unit) |
Sila KLIK DISINI untuk melihat PANDUAN MENGISI PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN Sarjana Pendidikan Mod Kerja Kursus Secara Luar Pesisir sebelum mengisi borang.
Mohon sekarang melalui Institute Of Postgraduate Studies Universiti Sains Malaysia.
Sila KLIK PAUTAN DI BAWAH untuk memuat turun brosur:
Pemohon boleh melayari laman sesawang Agensi Kelayakan Malaysis (MQA) bagi menyemak akreditasi program ini.
- Sarjana Pendidikan (Pendidikan Bahasa Inggeris/TESOL)
MQA/SWA11002 - Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sains)
MQA/SWA11003 - Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum)
MQA/SWA11004 - Sarjana Pendidikan (Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan)
MQA/SWA11005 - Sarjana Pendidikan (Psikologi Pendidikan)
MQA/SWA11006
Calon perlu mempunyai:-
- Ijazah Sarjana Muda (bagi PNGK 2.50 ke atas atau setaraf dengannya); atau
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian (bagi PNGK 2.00 - 2.49 atau setaraf dengannya); DAN
- Sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman mengajar atau pengalaman berkaitan dengan bidang pendidikan.
- Tidak berkaitan