Bengkel Pengiraan Jam Pembelajaran Teradun Gantian (PTG)
Jawatan kuasa Internal Quality Audit (IQA) atau Audit Dalam Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai oleh Prof Dr Hazri Jamil, telah mengadakan Bengkel Pengiraan Jam Pembelajaran Teradun Gantian (PTG) yang diadakan pada 15 Mei 2024 di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk membantu pensyarah PPIP untuk membuat pengiraan (PTG) menggunakan template dan struktur pengiraaan yang betul sekiranya pensyarah berhasrat untuk menggunakan kaedah pelbelajaran teradun gantian sebagai stretegi pengajaran bagi kursus program akademik. Dr. Mohd Hafiz Abu Hasan Timbalan Pengarah, dari Centre of Excellence for Teaching and Learning (CETL) USIM telah menyampaikan kandungan bengkel secara hands-on mengenai pengiraan PTG menggunakan templat yang dikongsikan bersama para pensyarah di PPIP. Peserta bengkel yang terlibat juga melibatkan wakil dari CDAE,USM Puan Ruzanna Jaafar dan PPKT USM, Pn Norzila Abd Manaf. Para peserta sangat berpuas hati dengan penjelasan yang jelas dan demonstrasi praktikal oleh Dr. Mohd Hafiz Abu Hasan, dan mereka kini lebih yakin untuk mengaplikasikan pengiraan PTG secara efektif dalam perancangan pengajaran mereka. Secara keseluruhannya, bengkel ini mendapat sambutan baik, dan peserta menganggapnya bernilai untuk meningkatkan kemahiran perancangan pedagogi mereka. Pada masa hadapan, penggunaan PTG sebagai kaedah pengajaran diharap mencipta persekitaran pembelajaran yang lebih dinamik dan berpusatkan pelajar, dengan hasil pembelajaran yang dirancang dapat dicapai oleh pelajar di PPIP.
Disediakan oleh : Dr Siti Zuraidah Md Osman (JK IQA, PPIP USM)