Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

BENGKEL PENYEDIAAN LAPORAN PENILAIAN KENDIRI SIRI 1-01

20-21 Mac 2024 - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan telah mengadakan Bengkel Penyediaan Laporan Penilaian Kendiri Siri 1 bagi program Sarjana Sastera (Pendidikan) Mod Campuran. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memuktamadkan pemetaan Objektif Pendidikan Program (PEO) dan Hasil Pembelajaran Program (PLO) serta memurnikan BPK setiap kursus yang ditawarkan oleh program Sarjana Sastera (Pendidikan).

Dr. Fadzilah Amzah selaku Timbalan Dekan Akademik telah membentangkan pelan tindakan dan proses gerak kerja dari Januari hingga Mei 2024. Di samping itu, Dr. Siti Zuraidah Othman telah menyampaikan taklimat menyeluruh tentang kaedah melengkapkan Borang Penawaran Kursus (BPK) dengan menekankan kepentingan melengkapkan borang dengan tepat dan terperinci. Secara keseluruhannya, Bengkel Penyediaan Laporan Penilaian Kendiri Siri 1 ini telah menjadi platform yang baik bagi memuktamadkan PEO dan PLO dimana setiap pemilik kursus telah berjaya mengadaptasi PEO dan PLO baharu dalam BPK terkini.