PENGENALAN
PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH DALAM PENDIDIKAN (DPP), PPIP
Program DPP ini bermatlamat untuk melahirkan graduan yang mempunyai ilmu dan kemahiran asas dalam bidang pendidikan agar dapat menjadi pendidik yang kompeten dengan memenuhi keperluan pendidikan negara. Program ini memberi penekanan menyeluruh bermula dari aspek asas pendidikan yang meliputi pengetahuan dalam bidang falsafah, psikologi dan sosiologi pendidikan. Selain itu komponen pedagogi pula diperolehi melalui kursus Asas Pedagogi dan Kemahiran Mengajar yang kemudiannya akan dapat diprakktikan melalui Latihan Mengajar. Bagi melengkapkan kompetensi graduan pendidikan melalui program DPP ini, empat kursus elektif lain ditawarkan sebagai pilihan. Kursus-kursus elektif ini ialah dapat memberi nilai tambah kepada bakal pendidik. Program DPP ini dilaksanakan secara konvensional dengan menggabungkan kaedah pembelajaran tradisional bersemuka, atas talian dan pembelajaran teradun.
SYARAT KEMASUKAN
Syarat Kelayakan Pemohon
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan
- PNGK sekurang-kurangnya 2.75/4.00
- PNGK 2.50-2.74 dan memenuhi syarat-syarat berikut:
- Pengalaman penyelidikan sekurang-kurangnya 1 tahun; atau
- Pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 1 tahun; atau
- Sekurang-kurangnya 1 penerbitan dalam bidang berkaitan; atau
- Gred B untuk kursus major/teras; atau
- Gred B+ untuk projek tahun akhir
- PNGK 2.00-2.49 dan memenuhi syarat-syarat berikut:
- Pengalaman penyelidikan sekurang-kurangnya 5 tahun; atau
- Pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 5 tahun; dan
- Sekurang-kurangnya 1 penerbitan dalam bidang berkaitan; atau
- Gred B untuk kursus major/teras; atau
- Gred B+ untuk projek tahun akhir;
ATAU
Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) A
Qualification Level 7
OBJEKTIF PENIDIDIKAN PROGRAM DPP
- PEO 1: Graduan menggunakan pengetahuan lanjutan dan kemahiran analitis secara kritis untuk menilai cabaran pendidikan yang kompleks serta mereka cipta penyelesaian berasaskan bukti (evidence-based solutions) dalam persekitaran pembelajaran yang pelbagai.
- PEO 2: Graduan memperlihatkan ciri kepimpinan yang seimbang dan holistik melalui pengamalan prinsip etika serta nilai profesionalisme dalam membuat keputusan, memupuk amalan inklusif, dan memimpin usaha transformasi dalam pelbagai konteks pendidikan.
- PEO 3: Graduan mengaplikasikan kemahiran digital dan numerasi lanjutan untuk menganalisis data, di samping mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan amalan reflektif bagi meningkatkan kecekapan kendiri serta memperbaharui amalan pengajaran dalam persekitaran pendidikan yang dinamik.
- PEO 4: Graduan mengintegrasikan kemahiran komunikasi, kepimpinan, dan kerja berpasukan secara berkesan untuk meneroka peluang, mengurus perubahan dan membudayakan inovasi dalam pelbagai persekitaran pendidikan.
- PEO 5: Graduan menunjukkan sikap proaktif, pemikiran keusahawanan, dan kemahiran interpersonal yang berkesan untuk berkolaborasi secara inklusif, di samping mengekalkan komitmen terhadap pembelajaran sepanjang hayat bagi memacu pertumbuhan profesional berterusan dan inovasi dalam bidang pendidikan.
OBJEKTIF PEMBELAJAN PROGRAM (PLO)
- PLO 1 (Pengetahuan & Pemahaman): Menganalisis kefahaman tentang struktur, kandungan dan pedagogi berkaitan pengajaran dan pembelajaran dalam subjek spesifik berasaskan etika dan profesionalisme perguruan.
- PLO 2 (Kemahiran Kognitif): Menganalisis dan menyelesaikan masalah kompleks secara beretika dan profesional berkaitan amalan, penyelidikan, inovasi pengajaran dan prestasi organisasi berkaitan bidang pendidikan.
- PLO 3 (Kemahiran Praktikal): Melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang inovatif, berkesan dan lestari dalam pelbagai situasi dan konteks pendidikan.
- PLO 4 (Kemahiran Interpersonal): Mempamerkan kemahiran kerja berpasukan dengan pelbagai pihak secara berintegriti dan bertanggungjawab dalam menyampaikan perkhidmatan pendidikan kepada pihak berkepentingan.
- PLO 5 (Kemahiran Komunikasi): Menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan idea dengan jelas dan berkesan serta penuh kejujuran menggunakan kaedah yang sesuai dalam menyampaikan perkhidmatan pendidikan kepada pihak berkepentingan.
- PLO 6 (Kemahiran Digital): Mengaplikasikan penggunaan teknologi dan alatan digital yang bersesuaian dalam pelbagai konteks pengajaran dan pembelajaran serta persekitaran pendidikan secara bermoral.
- PLO 7 (Kemahiran Numerasi): Mengaplikasi kemahiran numerasi bagi menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah berkaitan amalan pengajaran dan prestasi organisasi berasaskan etika dan profesionalisme.
- PLO 8 (Kepimpinan, Autonomi & Tanggungjawab): Memimpin secara bertanggungjawab dan amanah bagi menghadapi permasalahan dan cabaran dalam pelbagai situasi dan konteks pendidikan.
- PLO 9 (Kemahiran Personal): Menunjukkan keperibadian yang positif dan dinamik dan adaptif terhadap pembelajaran sepanjang hayat bagi tujuan perkembangan kerjaya.
- PLO 10 (Kemahiran Keusahawanan): Mempamerkan minda keusahawanan dalam aktiviti dan persekitaran pendidikan secara jujur dan bertanggungjawab.
- PLO 11 (Kemahiran Etika & Profesionalisme): Mendokong etika dan profesionalisme keguruan yang unggul bagi mematuhi standard pengajaran profesional sepanjang masa ke arah pembangunan kemajuan masyarakat dan negara.
MOD PENGAJIAN DPP
Kursus ini mempunyai dua mod pengajian iaitu Penuh Masa dan Sambilan yang dijalankan di kampus induk Universiti Sains Malaysia.
| Tempoh | Penuh Masa | Sambilan |
|---|---|---|
| Minimum | 1 tahun (2 Semester) | 2 tahun (4 Semester) |
| Maksimum | 2 tahun (4 Semester) | 4 tahun (8 Semester) |
- Minggu Pengajian Akademik: 17 minggu bagi setiap semester (termasuk minggu ulang kaji dan peperiksaan).
- Mod Penyampaian: Bersemuka dan dalam talian (8 minggu bersemuka dan 6 minggu dalam talian, tertakluk kepada perubahan).
- Pengambilan Semester: Semester 1 (Oktober).
STRUKTUR PROGRAM DPP (30 Unit)
Syarat Pengijazahan
- Memperolehi minimum gred C+ (3.00) bagi setiap kursus.
- Memperolehi PNGK 3.00 dan ke atas untuk keseluruhan program.
Komponen Program & Struktur Kredit
- Komponen Asas Pendidikan (12 Unit)
Memberi pendedahan kepada asas-asas profesional keguruan yang merangkumi falsafah, psikologi, sosiologi, dan pentaksiran pendidikan. Kursus ini membantu pelajar memahami sistem pendidikan, perkembangan murid, faktor sosial yang mempengaruhi pembelajaran, serta kaedah pentaksiran bagi menyokong proses P&P yang berkesan.
- Komponen Teras Disiplin (6 Unit)
Menekankan pengetahuan dan kemahiran pengajaran khusus dalam pendidikan serta strategi pengajaran berkesan bagi subjek pilihan. Pelajar perlu mengambil kursus DPP 509 dan satu kursus kaedah mengajar pilihan.
- Komponen Elektif (6 Unit)
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi pendidikan, pengurusan bilik darjah, serta asas bimbingan dan kaunseling. Pelajar juga dibimbing memahami asas penyelidikan untuk menambah baik amalan pendidikan berasaskan bukti. Pelajar perlu memilih 2 kursus dalam komponen ini.
- Latihan Mengajar (6 Unit)
Komponen profesional yang memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar di sekolah/institusi pendidikan. Pengalaman ini membangunkan kompetensi pengajaran, pengurusan bilik darjah, kolaborasi profesional, serta amalan pedagogi reflektif.
Pelaksanaan Berperingkat:
- Semester 1: Pendedahan awal dan pemerhatian profesional (TL)
- Semester 2 / Semester 3 (KSCP): Pengajaran praktikum secara penuh di sekolah atau institusi pendidikan yang berkaitan (6 unit)
YURAN
| Butiran Yuran | Jumlah (RM) |
|---|---|
| Yuran Pendaftaran | 330.00 |
| Yuran Pengajian (RM360.00 × 30 Unit) | 10,800.00 |
| Yuran Konvokesyen | 200.00 |
* TIDAK termasuk 6% Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia.
** Yuran tertakluk kepada perubahan.
Syarat-syarat Lain
Staf Perkhidmatan Awam dan Badan Berkanun yang lain mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada majikan berkenaan untuk membenarkannya mengikuti Rancangan Ijazah Tinggi di USM.
Selain daripada memenuhi syarat di atas, pemohon dalam kalangan guru sekolah kerajaan dikehendaki juga mematuhi syarat tertentu seperti yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan dari semasa ke semasa.
Seseorang pelajar Ijazah Tinggi yang berdaftar di USM tidak dibenarkan mengikuti pengajian di peringkat ijazah di mana-mana institusi lain sama ada di universiti tempatan atau luar negara kecuali mendapat kebenaran daripada USM.
Jadual Waktu Pengajaran
Kursus Diploma Pasca Siswazah dijadualkan dilaksanakan pada hari Sabtu sahaja (Bersemuka dan Dalam Talian) dan Ahad bagi lain-lain pembelajaran secara dalam talian, bagi memberi peluang pelajar separuh masa yang bekerja. Kuliah dijadualkan dari jam 8 pagi hingga 5 petang pada hari sabtu.
Lain-lain Maklumat
Taklimat penuh akan diberikan kepada calon yang berjaya mendapat surat tawaran sebelum minggu pertama pengajaran dan pembelajaran (3 Oktober 2026). Maklumat lanjut akan di maklumkan dalam laman web Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.
