Bengkel Pembinaan Modul Kejurulatihan Pendidikan Kewarganegaraan Global Berjaya Dianjurkan
11 Februari 2026 – Bengkel Pembinaan Modul Kejurulatihan Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED) anjuran GCC@USM, PPIP, telah berjaya dilaksanakan dengan menghimpunkan para pendidik termasuk guru-guru dari Institut Pendidikan Kampus Tuanku Bainun dalam usaha kolaboratif untuk memperkukuh amalan GCED.
Bengkel ini bertujuan menjana idea serta pelan tindakan praktikal GCED yang selaras dengan peranan dan konteks institusi masing-masing, di samping memberi tumpuan kepada pembangunan modul kejurulatihan Pendidikan Kewarganegaraan Global.
Para peserta telah diperkenalkan kepada platform MOOC (Pembelajaran Terbuka), diikuti dengan sesi sumbang saran dan penulisan bagi setiap modul dalam GCED MOOC. Bengkel ini turut melibatkan pembangunan kandungan berdasarkan pembahagian tugasan, serta aktiviti amali di mana peserta memuat naik bahan ke platform MOOC.
Modul-modul yang dibangunkan sepanjang bengkel merangkumi bidang-bidang utama seperti Pengenalan, Domain dan Konsep, Elemen GCED, Pendekatan Pengajaran GCED, serta Integrasi Pendidikan Kewarganegaraan Global merentas disiplin seperti Pendidikan Khas, Geografi, Bahasa Inggeris dan Kaunseling.
Bengkel ini menyediakan platform yang bermakna untuk perkongsian ilmu, pembelajaran kolaboratif dan pemerkasaan inisiatif Pendidikan Kewarganegaraan Global.