Lawatan Penanda Aras Wakil Kuliyyah Pendidikan UIAM ke PPIP
9 Februari 2026 - Seramai enam wakil daripada Jabatan Asas-Asas Sosial dan Kepimpinan Pendidikan, Kuliyyah Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diketuai oleh Dekan, Prof. Madya Dr. Suhailah Hussien, telah mengadakan lawatan penanda aras ke Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia.
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik termasuk dalam aspek pembangunan kurikulum program, serta memperkukuh kerjasama strategik khususnya dalam program akademik, penyelidikan, dan penerbitan ilmiah. Sesi perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kualiti pengajaran, pembelajaran, dan kecemerlangan penyelidikan antara kedua-dua institusi.
Delegasi UIAM disambut oleh wakil pengurusan PPIP yang terdiri daripada Dekan, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), serta Pengerusi-pengerusi Rancangan Program Akademik. Lawatan ini diharap dapat membuka ruang kolaborasi berterusan demi memperkasakan pembangunan pendidikan tinggi negara.