Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

Road Tour Kaunseling (PLK 564): Dari Mahasiswa kepada Mahasiswa

Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang telah menganjurkan program Road Tour Kaunseling (PLK 564): Dari Mahasiswa kepada Mahasiswa yang dilaksanakan oleh pelajar Sarjana Kaunseling, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan.

Program ini diadakan sepanjang bulan April hingga Mei 2025 dengan menjelajah ke pelbagai lokasi strategik kampus termasuk perpustakaan, pusat pengajian serta Dewan Utama Pelajar (DUP). Inisiatif ini bertujuan mendekati warga kampus khususnya mahasiswa dan mahasiswi USM melalui pendekatan rakan sebaya yang lebih mesra dan mudah difahami.

Sepanjang program, kaunselor pelatih memberi pendedahan mengenai peranan perkhidmatan kaunseling, perkongsian tips kesejahteraan mental, serta menyediakan ruang interaksi yang selesa untuk mahasiswa mendapatkan sokongan psikososial. Pendekatan ini diyakini mampu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dalam kalangan komuniti kampus.

Dengan penglibatan aktif pelajar praktikum kaunseling, Road Tour Kaunseling (PLK 564) bukan sahaja memperkukuh budaya prihatin terhadap kesejahteraan mental, malah menzahirkan semangat solidariti mahasiswa — daripada mahasiswa, untuk mahasiswa.