MathConnect 2026: Connect • Share • Grow
Bersama Warga ISMP Matematik Tahun 1–4
Pada 13 Oktober 2026 (Selasa), Program MathConnect 2026 telah berjaya dilaksanakan di Dewan Kuliah I (DK I), Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia (USM), dengan mencatatkan kehadiran 100% pelajar ISMP Matematik Tahun 1 hingga Tahun 4.
Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara pelajar merentas kohort, menyediakan ruang perkongsian pengalaman akademik dan kehidupan kampus, serta memperkukuh identiti dan profesionalisme sebagai bakal guru Matematik.
Berteraskan tema Connect • Share • Grow, program ini bukan sekadar sesi taklimat, malah menjadi platform untuk pelajar saling mengenali, berkongsi pengalaman, merancang pengajian dan membina jaringan sokongan antara senior dengan junior. Aktiviti interaktif yang dijalankan turut menggalakkan komunikasi, kerjasama dan semangat kekitaan dalam kalangan warga ISMP Matematik.
Kehadiran 100% mencerminkan komitmen dan sokongan padu semua pelajar terhadap usaha memperkukuh komuniti Pendidikan Matematik di PPIP.
Semoga MathConnect menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih erat, budaya saling menyokong dan pembangunan profesionalisme bakal pendidik Matematik yang berkualiti.
Same Passion, Brighter Future!
Dr. Muzirah Musa
Pengurus Program ISMP Matematik
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM

