Program “Jom Kitar, Jom Lestari” Kukuhkan Semangat Kelestarian
15 Mei 2025 – Jawatankuasa Kelestarian, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), telah berjaya menganjurkan Program Kutipan Kertas Terpakai bertemakan “Jom Kitar, Jom Lestari” dengan matlamat memupuk budaya dan amalan kelestarian dalam kalangan warga PPIP.
Program ini menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada warga PPIP, dengan lebih daripada 60 kg kertas terpakai berjaya dikumpulkan dalam tempoh satu minggu. Semua kertas terpakai telah diasingkan mengikut kategori, disusun dan diikat dengan kemas sebelum diserahkan kepada syarikat kitar semula.
Program ini turut menekankan nilai keprihatinan terhadap alam sekitar, semangat kesukarelawanan serta kepentingan amalan kitar semula dalam kalangan pelajar dan staf. Usaha ini mencerminkan komitmen PPIP dalam menyokong agenda kelestarian sosial dan pemeliharaan alam sekitar.