Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

Lawatan SMK Temerloh, Pahang ke Universiti Sains Malaysia

10 April 2026 - Persatuan Ilmu Pendidikan (PIP) telah menerima kunjungan daripada SMK Temerloh, Pahang.

Program tersebut merangkumi aktiviti melawat fasiliti di sekitar Universiti Sains Malaysia seperti Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Perpustakaan Hamzah Sendut dan Muzium Tuanku Fauziah. Para pelajar turut diberikan suntikan motivasi oleh Dr. Yusnita Md Yunus, pensyarah PPIP.

Diharapkan program ini dapat memberikan pendedahan awal, suntikan semangat serta motivasi kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Inisiatif ini juga selari dengan Sustainable Development Goals (SDG), khususnya SDG 4: Quality Education melalui pendedahan kepada suasana universiti, perkongsian motivasi serta galakan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi serta mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat. Selain itu, program ini turut menyokong SDG 17: Partnerships for the Goals melalui kerjasama antara pihak universiti dan sekolah dalam mendedahkan jaringan pendidikan yang memberi manfaat kepada pembangunan pelajar.

Semoga lawatan ini memberikan manfaat serta inspirasi kepada para pelajar SMK Temerloh untuk terus melangkah maju.


Teks: Naziehah binti Mohd Rashiden