Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

Bengkel Pemantapan Teori & Praktis Kaunseling di CEMACS, USM

12 April 2026 – Bengkel Pemantapan Teori & Praktis Kaunseling telah berlangsung pada 11 hingga 12 April 2026 di Centre for Marine and Coastal Studies (CEMACS), Universiti Sains Malaysia (USM), melibatkan 33 orang kaunselor pelatih serta lima orang pensyarah kaunseling dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP).

Bengkel ini bertujuan memperkukuh penguasaan teori dan kemahiran praktikal dalam kalangan kaunselor pelatih melalui pendekatan pembelajaran secara kumpulan kecil yang lebih interaktif dan berfokus. Peserta berpeluang mengaplikasikan teknik kaunseling secara langsung di bawah bimbingan pensyarah.

Seiring dengan agenda SDG, program ini menyokong usaha memperkasa kesejahteraan mental (SDG 3), pendidikan berkualiti (SDG 4) serta pembangunan masyarakat yang inklusif (SDG 10). Peranan kaunselor dalam membantu individu mengurus emosi, tekanan dan cabaran kehidupan dilihat sebagai elemen penting dalam membina komuniti yang seimbang dan berdaya tahan.

Selain sesi latihan, aktiviti santai turut diadakan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih mesra dan menyokong kesejahteraan emosi peserta sepanjang program berlangsung.

Secara keseluruhannya, bengkel ini berjaya mencapai objektifnya dalam melahirkan kaunselor pelatih yang lebih kompeten serta berupaya menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat secara berterusan.