Lawatan penanda aras Program EdD
Satu lawatan penanda aras Program Doktor Pendidikan (Ed.D) daripada delegasi Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussin Onn Malaysia (UTHM) ke Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia telah diadakan pada 29hb Mei 2024. Lawatan ini bertujuan untuk mengenalpasti pelaksanaan pembentangan usul, Mock-Viva dan Viva Voce Doktor Pendidikan di PPIP, USM.
Lawatan ini dihadiri oleh Dekan PIPP, Profesor Madya Dr. Rahimi Che Aman bersama Profesor Madya Dr. Aziah Ismail, Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya & Antarabangsa), Dr. Fadzilah Amzah, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri-Komuniti), Profesor Madya Dr. Thien Lei Mee (Pengerusi Rancangan Ed.D) bersama dengan staf sokongan. Manakala Delegasi UTHM diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Abdul Rashid bin Abdul Razzaq (Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional).
Kedua-dua pihak telah berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang penambahbaikan proses pelaksanaan Viva Voce. Menurut kata Dekan PIPP, Profesor Madya Dr. Rahimi Che Aman, lawatan ini telah menjalinkan silaturahim yang baik antara universiti di samping dapat menambaiki pelaksanaan program Ed.D dengan lebih berkesan lagi.