Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

Pra-Bengkel, Penerbitan Systematic Literature Review (SLR) Berimpak Tinggi Q1 & Q2

Tajuk Bengkel: Metodologi asas SLR berbantukan AI (Chat GpT, DeepSeek, Elicit)
Tarikh: 11 September 2025 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat: Bilik Persidangan Idris Babjee, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia dalam usaha memantapkan pengetahuan dan membantu para pensyarah dalam memantap penerbitan melalui jurnal dan artikel telah mengadakan satu bengkel Metodologi asas SLR berbantukan AI (Chat GpT, DeepSeek, Elicit). Bengkel ini bertujuan meningkatkan serta memberi pendedahan berkaitan konsep, teori dan teknik penghasilan penerbitan jurnal dan artikel melalui kaedah tersebut. PPIP juga berbesar hati menjemput pakar dalam bidang berkenaan iaitu Y.Brs. Dr. Hayrol Azril Mohamed Shafriel dari Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia bagi bengkel ini.