PULAU PINANG, 18 Ogos 2026 – Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia (USM) berbesar hati menerima keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis bersama Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis dan anakanda, Yang Amat Mulia Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
Keberangkatan rombongan diraja disambut oleh warga PPIP sebelum berlangsung sesi pertemuan dan ramah mesra bersama warga pusat pengajian.