INOVASI DIGITAL PPIP USM RAIH PENGIKTIRAFAN DI PERSIDANGAN ANTARABANGSA
8 April 2026 – Inovasi digital daripada Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP), Universiti Sains Malaysia (USM) terus mendapat pengiktirafan apabila berjaya meraih Best Practices Presentation Award dalam MARA International Education Conference 2026 (MIEC26) yang berlangsung dari 6 hingga 8 April 2026.
Anugerah tersebut diberikan menerusi pembentangan bertajuk Aplikasi Mudah Alih RSPD (M-RSPD): Inovasi Digital Intervensi Krisis untuk Kesejahteraan Murid, yang menampilkan pendekatan inovatif dalam menyokong kesejahteraan emosi dan psikososial murid melalui teknologi mudah alih.
Bertemakan Digitalization in Education, persidangan ini menghimpunkan para pendidik dan penyelidik untuk berkongsi idea, dapatan kajian serta amalan terbaik dalam usaha memperkukuh kemenjadian pelajar.
Pencapaian ini turut menyokong aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan serta SDG 4: Pendidikan Berkualiti, melalui penekanan terhadap kesejahteraan pelajar dan penggunaan inovasi digital dalam pendidikan.
Kejayaan ini mencerminkan komitmen berterusan PPIP USM dalam menerajui inovasi pendidikan digital serta menyumbang kepada pembangunan pendidikan yang lebih holistik dan lestari.