Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

Kunjungan Hormat dari Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau

USM Terima Kunjungan Hormat dari Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau

2 Mac 2023 – Prof. Dr Hairunas, Rektor Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau (UIN SUSKA) hari ini meluangkan masa mengadakan sesi kunjungan hormat bersama Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri & Masyarakat, Prof. Dr Azlan Amran. Rektor UIN SUSKA hadir bersama Prof. Dr Helmiati (Timbalan Rektor) dan En. Muhmmad Wakil. Turut hadir adalah wakil daripada Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan termasuk Dekan, Prof. Madya Dr. Rahimi Che Aman, Timbalan Dekan Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa, Dr. Fadzilah Amzah, dan Pengerusi Rancangan Sains dengan Pendidikan, Dr. Nur Jahan Ahmad.

Kunjungan hormat dari UIN SUSKA merangkumi perbincangan dua hala berkenaan kerjasama antara USM dan UIN SUSKA merujuk kepada MoU yang telah terjalin pada Oktober 2022. Perbincangan yang dibuat termasuk program student exchange di mana pihak UIN SUSKA akan menghantar 2 orang mahasiswa pada Sem 1 Sidang 2023/2024, serta cadangan untuk visiting lecturer pada masa akan datang.

Adalah diharapkan kolaborasi yang terjalin akan memantapkan hubungan dua hala ini bagi manfaat kedua-dua universiti.