Skip to main content

School of Educational Studies  |  Main Campus

MAJLIS PENGANUGERAHAN SIJIL DEKAN SEMESTER I & II SIDANG AKADEMIK 2021/2022

3 Februari 2023 - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan dengan kerjasama wakil Persatuan Ilmu Pendidikan telah menganjurkan Majlis Penganugerahan Sijil Dekan bagi Semester I dan II Sidang Akademik 2021/2022 yang bertempat di Dewan Kuliah SK3. Seramai 428 pelajar daripada 1206 penerima keseluruhan yang memperolehi keputusan PNG 3.50 dan ke atas telah hadir ke majlis yang julung kalinya diadakan secara fizikal semenjak tercetusnya wabak Covid-19. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima Sijil Dekan pada sesi kali ini. Semoga ia menjadi pembakar semangat kepada semua pelajar agar terus mencapai kecemerlangan di masa hadapan.