SYARAT KEMASUKAN

Syarat kemasukan untuk mengikuti program Sarjana Pendidikan Mod Kerja Kursus ini seperti yang ditetapkan oleh USM dan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan iaitu pemohon mesti:

  • Mempunyai ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf sekurang - kurangnya dengan PNGK 2.50 dan mempunyai pengalaman mengajar atau pengalaman yang berkaitan dengan pendidikan sekurang-kurangnya 2 tahun.
  • Bagi calon yang mempunyai ijazah Sarjana Muda (dengan Kepujian) yang diiktiraf dan PNGK antara 2.00-2.49, syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
    • Pengalaman penyelidikan sekurang-kurangnya 5 tahun, atau
    • Pengalaman ikhtisas dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 5 tahun,
    • DAN
    • SATU (1) penerbitan ilmiah dalam bidang yang dipohon, atau
    • Gred B dalam kursus-kursus major/elektif, atau
    • Gred B+ untuk projek tahun akhir
  • Memenuhi keperluan Bahasa Malaysia yang ditetapkan oleh Senat USM; dan
  • Memenuhi keperluan-keperluan lain yang tertakluk kepada syarat-syarat Universiti