Objektif Program

Objektif program Sarjana Pendidikan Kerja Kursus adalah:

  • Untuk mengembangkan pemahaman yang terperinci dalam bidang pendidikan yang lebih spesifik seperti Pengajian Kurikulum, Pentadbiran dan Pengurusan Pendidikan, Pendidikan Bahasa Inggeris, Pendidikan Sains dan Psikologi Pendidikan.
  • Untuk memberi latihan dalam penyelidikan pendidikan, baik dalam suasana universiti mahupun dalam lapangan pekerjaan pelajar. Calon akan diberi latihan dan pendedahan dalam pelbagai kaedah penyelidikan agar dapat menggunakan kaedah yang sesuai dalam keadaan tertentu.
  • Untuk memberi peluang pelajar-pelajar menggunakan pengalaman mereka bagi menganalisis dan membuat renungan terhadap amalan-amalan dan pemikiran yang dipegang sebelum ini dalam menangani masalah dan isu-isu berkaitan pendidikan.

Pelajar lulusan program ini akan dapat:

  • Mempunyai pengetahuan dan perspektif yang pelbagai dalam bidang pengkhususan dan amalan profesionalisme mereka.
  • Mempunyai pengetahuan dan berkeupayaan mengaplikasi pelbagai perspektif teori dan model pendidikan.
  • Berkeupayaan menjadi pendidik yang kritis dan kreatif dan berpandangan luas tetapi rasional tentang pendidikan.
  • Menganalisis secara perbandingan masalah dan isu pendidikan di peringkat nasional dan global berkaitan bidang pengkhususan yang diikuti.
  • Melaksanakan kajian yang berkaitan dengan bidang pengkhususan yang diikuti.