AGES


Advance Guidance Education System - AGES

Program Advance Guidance Education System (AGES) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Bimbingan dan Kecemerlangan Pelajar telah ditubuhkan pada tahun 2006, dikendalikan oleh Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia melalui Unit Penyelidikan Pendidikan Asas (UPPA). AGES diwujudkan untuk memberi peluang kepada murid sekolah disekitar kawasan Universiti Sains Malaysia belajar dalam suasana universiti yang kondusif dan menarik. Program ini juga telah dirangka dengan pelbagai aktiviti luar kelas termasuk kem motivasi, rekreasi, explorace dan bengkel teknik menjawab soalan khas untuk membimbing murid bagi menghadapi peperiksaan. Selain itu, ia memberikan penekanan terhadap aspek pembinaan jati diri yang positif bagi melahirkan masyarakat yang mampu memberi sumbangan kepada negara pada masa hadapan.


Sekolah Rendah  : Darjah 4 Hingga 6
Sekolah Menengah  : Tingkatan 1 hingga 5

SUBJEK

SEKOLAH SUBJEK
Sekolah Rendah
(Darjah 4 Hingga 6)    
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
Sekolah Menengah
(Tingkatan 1 hingga 3)
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
Sekolah Menengah
(Tingkatan 4 hingga 5 -Sains Tulen)
  • Matematik Tambahan
  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
Sekolah Menengah
(Tingkatan 4 hingga 5 - Sastera Ikhtisas)
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains


YURAN

Pendaftaran : RM 10 setahun
Darjah 3 Hingga 6 : RM 60
Tingkatan 1 hingga 3 : RM 70
Tingkatan 4 hingga 5 : RM 75
HARI & MASA Sabtu : 2.00 - 5.30 petang Ahad : 9.00 - 12.30 tengahari
Sila hubungi En. Muhammad Asra Rosnan (013 4254713) dan Pn. Siti Salina (013 5994738) untuk keterangan lanjut.


inSPIRES


Integrated System of Programmed Instruction for the Rural Environment - inSPIRES

Projek InSPIRE merupakan projek penyelidikan dan pembangunan pendidikan untuk pelajar-pelajar luar bandar di Sabah yang telah dilaksanakan bermula November 1987. Projek ini telah dijalankan oleh pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM dan dibiayai sepenuhnya oleh pihak Yayasan Sabah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.5 juta dengan bantuan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Antarabangsa, Kanada (IDRC).

Objektif utama Projek InSPIRE adalah untuk mengembangkan dan mempertingkatkan lagi sistem pengajaran yang dapat memperbaiki mutu proses pengajaran-pembelajaran di sekolah rendah luar Bandar di Malaysia. 'InSPIRE' adalah nama ringkas dari 'Integrated System of Programmed Instruction for the Rural Environment', yang bermaksud 'Sistem Paduan Pengajaran Terancang untuk Luar Bandar'. Sistem memberi penekanan kepada tiga pendekatan pengajaran yang berkesan iaitu Pengajaran Paduan Terancang (PPT), Pengajaran melalui Rakan Sebaya (PRS) dan pengajaran melalui Modul. Selain daripada itu, Projek InSPIRE juga telah menghasilkan beberapa alat ukur untuk menilai prestasi murid-murid dari segi pembelajaran kognitif dan afektif.

Sejak penubuhannya, Projek InSPIRE terkenal dengan bahan-bahan pengajaran-pembelajaran yang dihasilkan. Berikutan dengan itu, ia telah menerima tawaran untuk menjalankan pelbagai projek penyelidikan dan perundingan bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikan di peringkat nasional. Antaranya ialah Projek KBSR-Program Pemulihan Pengkayaan (1993-1997), Projek InSPIRE Sabah Fasa III (1990 -1994). Projek InSPIRE juga telah dilantik oleh beberapa agensi antarabangsa untuk menjalankan kajian-kajian penyelidikan dan penilaian secara komisyen. Di antara agensi-agensi tersebut termasuklah UNESCO, Van Leer Foundation, IDRC, SEARRAG, Commonwealth Secretariat dan Bank Dunia.

Sekali lagi Yayasan Sabah telah memberi kepercayaan kepada PPIP untuk melaksanakan Projek InSPIRE (II) dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM 2.5 juta bagi tempoh (2007-2012) bagi membantu mengatasi masalah prestasi murid di kawasan luar bandar dalam peperiksaan berpusat yang jauh ketinggalan berbanding dengan sekolah dalam kawasan bandar merupakan perkara yang mendapat perhatian setiap pihak yang berkepentingan sejak sekian lama. Lebih daripada itu, keputusan peperiksaan berkenaan juga menggambarkan prestasi murid luar bandar, khususnya di Sabah yang rendah atau tidak meningkat dalam semua mata pelajaran yang diambil. Prestasi yang diperolehi juga menyebabkan sekolah-sekolah yang terlibat diletakkan dalam kategori "0 peratus", malah menunjukkan kebanyakan murid masih belum menguasai kemahiran asas. Lebih buruk lagi, mereka juga masih belum menunjukkan tahap penguasaan yang memuaskan dalam kesemua mata pelajaran yang diajarkan atau dinilai dalam peperiksaan berpusat.

Projek InSPIRE II telah mengenal pasti empat mata pelajaran utama sebagai fokus, iaitu :
  1. Sains
  2. Matematik
  3. Bahasa Malaysia
  4. Bahasa Inggeris
Selain itu tiga lagi aspek lain yang difikirkan mempunyai sumbangan yang penting dalam
menentukan prestasi murid turut dikaji iaitu :
  1. Pengurusan sekolah
  2. Pengurusan kokurikulum
  3. Perkhidmatan bimbingan


English Drama

 

INTRODUCTION

In parallel with the MBMMBI policy to reinforce teaching and learning the English language, the Penang English Literature Showcase serves to enhance reading literacy and creativity while building self-esteem among the participants. It also shows the capability of the School of Educational Studies/USM students in writing scripts and coaching the secondary students' drama performance.

The showcase is based on acting the scripts of the selected novel (The Railway Children by Edith Nesbit) from the Form 3 English literature components. The TESOL students of School of Educational Studies/USM have written the scripts for the theatrical performance. Hence, the scripts were presented on stage by two teams from two secondary schools (SMK Convent Greenlane & SMK Free School) as well as a team by the TESOL undergraduates, USM. It is important to mention that the USM students were in charge of training and coaching the secondary students throughout their rehearsals.

The showcase provides students and teachers an experience where they can translate their thoughts, creativity and emotions. Furthermore, by rewriting the novel with self-effort scripts generic viagra and performing with hard work and sustainability by both the university students and secondary students, the merits of drama will be used as a pedagogical approach as well as an art platform in its own way for practising reading, writing, speaking and listening in genuine contexts.

OBJECTIVES

  1. Emphasize teaching and learning the English language through drama.
  2. Improve reading literacy and creativity with building self-confidence among the participants; university students as scriptwriters and secondary students as actors.
  3. Show the capability of the TESOL students from the School of Educational Studies, USM in writing and coaching secondary students' theatrical performance.