1.0Matlamat Rancangan Latihan Mengajar/Praktikum

Melalui Rancangan Latihan Mengajar/Praktikum, pelajar ditempatkan di sekolah / institusi pendidikan bagi memberi peluang untuk mengetahui dan memahami situasi sebenar bilik darjah dan sekolah; mencuba dan mempraktikkan ilmu, kemahiran dan teori serta mengubah suai pendekatan-pendekatan yang dipelajari dalam amalan pengajaran-pembelajaran

2.0Tujuan Rancangan Latihan Mengajar/Praktikum

Berdasarkan matlamat Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Rancangan Latihan Mengajar/Praktikum bertujuan;

  1. memberi orientasi dan praktik tentang perguruan;
  2. pembentukan kesediaan mental, semangat dan pengukuhan terhadap perguruan;
  3. persepaduan teori dengan amalan; dan
  4. memberi kesempatan membimbing perkembangan serta menilai kemahiran dan kecekapan pelajar-pelajar

3.0Objektif Rancangan Latihan Mengajar/Praktikum

Setelah mengikuti rancangan latihan mengajar/praktikum, adalah diharapkan pelajar akan dapat:-

  1. memahami tugas-tugas dan tanggungjawab asas guru;
  2. mengenal secara lebih dekat peranan guru, pengelolaan dan pengurusan sebenar bilik darjah;
  3. mengenal pasti dan memahami perbezaan-perbezaan individu dan merancang persediaan pengajaran bagi memenuhi keperluan individu- individu tersebut;
  4. mencuba dan mengamal kaedah pengajaran mata pelajaran serta menilai kerja pelajar;
  5. menilai kelebihan dan kelemahan kesan-kesan pengajaran dan pembelajaran;
  6. mempraktik prosedur-prosedur dan teknik-teknik pengelolaan kurikulum dan kokurikulum;
  7. mempraktikkan etika keguruan;
  8. memahami sistem pentadbiran sekolah;
  9. mencuba, mengubah suai dan mengamal teori-teori dan kaedah-kaedah pengajaran berasaskan kepada keseluruhan ilmu perguruan dan disiplin pengkhususan;
  10. mengenali dengan lebih dekat perbezaan pelajar dan menghubungkan isu-isu disiplin dan gerak laku serta berusaha mengatasi masalah-masalah yang dihadapi;
  11. membina daya usaha, kreativiti, kepekaan dan keyakinan diri serta sikap yang lebih positif di dalam suasana pengajaran-pembelajaran yang berbeza;
  12. mengalami proses sosialisasi dalam masyarakat sekolah supaya dapat berfungsi secara positif dalam bidang perguruan;
  13. melibatkan diri secara aktif dalam pengelolaan gerak kerja kokurikulum sekolah dan mencuba pendekatan-pendekatan yang sesuai dan inovatif.

4.0Tarikh Latihan Mengajar/Praktikum

Tempoh latihan mengajar ialah 15 minggu. Tarikhnya adalah seperti berikut:

Negeri Pulau Pinang dan Perak
01 Februari 2016 hingga 13 Mei 2016

Negeri Kedah
31 Januari 2016 hingga 12 Mei 2016

5.0Pelajar / Program Yang Terlibat

Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan (PGT 490/10)
Sarjana Muda Pendidikan (TESOL) (PGT 490/10)
Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) (PPK 490/10)

Bilangan Pelajar : 145 orang

6.0Cadangan Bilangan Pelajar Setiap Sekolah

2 – 3 orang menggabungkan pelajar daripada pelbagai program dalam Perkara 5.0 berdasarkan persetujuan pihak sekolah setelah mendapat kebenaran daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi Sekolah Pendidikan Khas hanya pelajar program Sarjan Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) akan ditempatkan di sekolah berkenaan.