Notice: Undefined variable: socialstring in C:\PPIP\Alumni\templates\jaxstorm-blue\index.php on line 77 Alumni Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia - News

Jawatankuasa Persatuan ALUMNI PPIP (Sesi 2011/2013)

 

Jawatankuasa Persatuan ALUMNI PPIP (Sesi 2011/2013)

 

Presiden :  Y. Bhg. Dato’ Ghazali Ab. Rahman

Naib Presiden : Prof. Madya Dr. Shuki Osman

Setiausaha : Dr. Shahabuddin Hashim

Penolong Setiausaha : Encik Abdul Said Hussain

Bendahari : Dr. Jamalsafri Saibon            

Empat orang Ahli Jawatankuasa

  • Dr. Abdul Jalil bin Ali
  • Dr. Mat Asuar bin Awang
  • Cik Thilagavathy A/P Arumugam
  • Puan Nur Analiza binti Ab Rahman

 

USM anjur program alumni PlPP

Petikan akhbar Berita Harian

GEORGETOWN: Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PIPP), Universiti Sains Malaysia (USM) akan menganjurkan Program Sirih Pulang Ke Gagang di kampus induk universiti itu di sini, Sabtu ini.

Program yang akan bermula jam 2.30 petang hingga 11 malam itu memberi peluang kepada alumni PPIP untuk bertemu dengan rakan seperjuangan ketika menuntut atau berkhidmat di pusat pengajian tinggi itu.

Sekretariat Persatuan Alumni Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM, Dr Shahabuddin Hashim, berkata program itu juga antara usaha untuk menubuhkan Persatuan Alumni PPIP untuk bergerak secara aktif.

Salah satu matlamat untuk melaksanakan aktiviti yang membolehkan alumni memberikan sumbangan bakti tenaga dan kepakaran kepada PPIP secara strategik berasaskan hala tuju universiti sebagai universiti APEX.

Antara program akan diadakan pada hari berkenaan ialah perasmian penubuhan Persatuan Alumni PPIP, diikuti mesyuarat agung kali pertama, makan malam serta persembahan kebudayaan dan pelancaran laman sesawang rasmi Persatuan Alumni PPIP.

Program berkenaan dijangka menghimpunkan antara 300 hingga 500 alumni PPIP dari dalam dan luar negara.

 

Aturcara Majlis Perasmian Penubuhan Pertubuhan Alumni PPIP USM


2:30 - 3:30 Petang: Perjumpaan dengan Dekan dan staf akademik (DKA, Holding Room DKA).

3:30 - 4:30 Petang: Minum teh / ramah mesra (Foyer DKA, SK)

4:30 - 6:00 Petang: Perasmian Penubuhan Persatuan Alumni PPIP & mesyuarat agong pertama (DKA).

6:00 Petang - 8:00 Malam: Rehat / Solat.

8:00 - 11:00 Malam: Majlis makan malam & Persembahan kebudayaan. Pelancaran laman sesawang rasmi Persatuan Alumni PPIP (Dataran Bintang).

11:00 Malam: Bersurai.


Aturcara dalam bentuk grafik boleh dilihat di sini.