Notice: Undefined variable: socialstring in C:\PPIP\Alumni\templates\jaxstorm-blue\index.php on line 77 Alumni Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia - Calendar Events

Calendar Events

Sirih Pulang Ke Gagang

Program Sireh Pulang Ke Gagang

Program Sireh Pulang Ke Gagang merupakan melibatkan beberapa acara bagi memeriahkan pertemuan semula para alumni dan staf akademik. Dijangka 1000 orang alumni akan menyertai program ini yang dirancang untuk diadakan sebelum berakhir tahun 2011. Antara pengisiannya ialah:

 

Majlis Perasmian Penubuhan Persatuan Alumni Pendidikan

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Y. B. Tan Sri Koh Tsu Koon, yang juga mantan Timbalan Dekan, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan akan dijemput untuk merasmikan penubuhan Persatuan Alumni Pendidikan, Universiti Sains Malaysia ini.  Selepas majlis perasmian, mesyuarat pemilihan Ahli Jawatankuasa Induk akan diadakan.

 

Majlis Makan Malam dan Persembahan Kebudayaan

Majlis makan malam dan persembahan kebudayaan sempena Program Sireh Pulang Ke Gagang akan diadakan bagi memeriahkan pertemuan semula alumni dan staf akademik.  Di samping bermesra sambil menjamu selera, para alumni berpeluang menderma untuk tabung bantuan pendidikan yang akan dilancarkan pada malam berkenaan.